Kelas Teori
Medini 6, Jalan Medini Sentral 5, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Tahukah anda bermula 1 Disember 2021, kesemua pengendali dron tidak kira individu atau syarikat perlu mendapatkan sijil kompetensi pengendalian dron “RCoC-B” daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mengendalikan dron secara sah di Malaysia
Saya Mahu Menjadi Pengendali Dron ProfessionalRemote Pilot Certificate of Competency (RCoC-B) adalah sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh CAAM bagi membolehkan pengendali dron menjalankan operasi dron dalam situasi Visual Line of Sight (VLOS) kecuali operasi penyemburan seperti penggambaran udara, pemantauan udara, dan pemetaan. Sijil RCoC-B juga boleh digandingkan dengan modul tambahan seperti Modul 1 (EVLOS) dan Modul 2 (Pertanian).
Sijil kompetensi ini diperkenalkan bagi memastikan pengendali dron mematuhi peraturan, memenuhi keperluan dan prosedur operasi dan menjalankan penerbangan dron dengan selamat. Pengendali dron professional mesti menjalani latihan teori dan praktikal dan mesti lulus peperiksaan bertulis dan praktikal
Adakah anda tahu tentang undang-undang dan peraturan yang terlibat untuk menerbangkan dron? Adakah anda tahu tentang prinsip pengendalian dan penerbangan dron yang selamat dan terbaik? Adakah anda tahu kepentingan mengetahui had kemampuan manusia dalam pengendalian operasi dron? Mempunyai pengetahuan meluas dan mendalam tentang operasi dron yang sesuai dan selamat mampu membantu anda mendapatkan pekerjaan dalam industri dron
Walaupun ada segelintir komuniti yang memandang enteng tentang sijil kompetensi pengendali dron, itu bukanlah alasan untuk anda berhenti daripada mendapatkan sijil RCoC-B. Dengan adanya sijil RCoC-B, anda telah mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada pihak berkuasa untuk mengendalikan dron mengikut lunas undang-undang.
Dengan sijil RCoC-B, anda kini boleh menjadikan kompetensi pengendalian dron anda sebagai satu karier dan servis berbayar kepada industri yang memerlukan teknologi dron seperti fotografi, videografi, media, pemetaan, telekomunikasi, pembinaan dan banyak lagi. Kewujudan peralatan dron yang lebih canggih memerlukan kepakaran dan kompetensi pengendali dron yang bertauliah.
Pra-syarat:
Ingin tahu lebih lanjut tentang program ini?
Hubungi perunding latihan kami sekarang untuk mendapatkan jawapan kepada segala persoalan anda. Tenaga pengajar kami juga bersedia membantu memberi jawapan!
Daftar Sekarang!Kami bersama dengan SG Akademi adalah akademi dron yang pertama diiktiraf di Malaysia untuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (Pengendalian Dron) dan Tahap 3 (Pemerintahan Misi Dron) di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), Kementerian Sumber Manusia.
Kami juga menawarkan pentauliahan digital mikro untuk program dron pertama di Asia yang diperakui oleh City & Guilds UK, sebuah badan akreditasi UK yang menilai berdasarkan kecekapan dan merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa.
Modul latihan dibentuk dengan teliti dan disampaikan dengan corak pembelajaran yang menarik oleh tenaga pengajar pakar untuk memudahkan pemahamanpeserta
Barisan tenaga pengajar kami mempunyai pengalaman lebih daripada 2,500 jam penerbangan dron dalam penerbangan dron individu dan projek komersil berkaitan industri dron
Kami memberi penekanan kepada latihan amali dengan mengehadkan 5 orang peserta kepada setiap tenaga pengajar bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan secara selamat dan komprehensif.
Remote Pilot Certificate of Competency (RCoC-B) oleh CAAM
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Pengendalian Dron (H512-001-2:2019) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
Pentauliahan Digital Mikro oleh City & Guilds UK
Medini 6, Jalan Medini Sentral 5, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri, Johor
DRZ Iskandar, Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri, Johor
SG Akademi, D-00-03A, Putra Majestik Business Center, Jalan Kasipillay, Off Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
Drone Operation Area, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
Kami telah menjalankan program kemahiran teknologi dron daripada tahun 2018 dan telah melatih lebih daripada 500 orang pengendali dron di serata Malaysia
Melalui latihan ini saya banyak tahu mengenai dron dan jurulatih di sini sangat membantu. Generasi muda perlu menghadiri Latihan ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Ia harus dipelajari oleh semua orang.
Dron adalah teknologi yang berkembang pesat, banyak pasaran menggunakan dron dan memberi peluang kepada para peniaga juga individu. Bagi anak-anak muda, ia adalah platform yang baik untuk bermula. Dron adalah lebih daripada apa yang kita tahu.
Saya menyertai latihan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan dron dalam industri. Saya belajar banyak di kelas terutama pada aturan dan peraturan serta persiapan pra-penerbangan. Di dalam kelas kita diajar mengenai SOP dron, daripada awal hingga akhir
Saya telah pelajri pengetahuan mengenai dron. Ia adalah satu pengalaman yang bermakna.
admission@drone.edu.my
Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, 51200 Kuala Lumpur